Tuesday 30 April 2013

Live Dari N13: Undi Pos Sikamat!

Crew SGBANG sudah pun turun ke Rejimen Ke4 Artileri Diraja seawal 7.30 pagi untuk liputan Undi Pos DUN Sikamat N13. Calon kita yang tidak perlu pengenalan lagi sudah pun berada disini depan pintu pagar besar rejimen.

Apa yang peliknya , calon PKR Amiruddin Harun tidak lagi kelihatan disini. Mana beliau? No idea...Calon BN ada pula....Ini menunjukkan Calon BN kita Wan Salwati menunjukkan komitmen beliau. Syabas!

Apa yang sayangnya, hanya calon sahaja dibenarkan masuk dan tidak dibenarkan mengambil gambar. Jadi minta maaf yer, crew SGBANG hanya mampu update setakat ini sahaja.
Monday 29 April 2013

P106: YB Hoong Ling (Young & Beautiful) ! #Betternation

Ketika Crew SGBANG turun pondok gerakan Hoong Ling, pelik juga kami tengok ada yang pegang kad board yang tertulis I'm MAD. 

I'm MAD?????

Apa kena dengan mereka ini?? Sehingga kita diberitahu MAD maksudnya: 

I'm Making A Difference!
I'm MAD!!!
Hoong Ling berkata beliau mampu membawa perubahan kepada masyarakat dan kawasan PJU dengan menggunakan Formula 3+1. Calon kita adalah seorang yang sangat mementingkan kesihatan dan keselamatan dan juga kemajuan belia. 

"AKUJANJI" Hoong Ling
Kesihatan

Beliau akan menganjurkan 50 pemeriksaan kesihatan setiap tahun dan juga mengusahakan untuk memperbaiki pemeriksaan kesihatan mobil di PJU. Mewujudkan rawatan acupuncture setiap minggu untuk masyrakat yang mempunyai pendapatan sederhana. Melatih sekurang-kurangnya 500 pelatih untuk menjga kebajikan orang cacat dan orang tua. Meningkatkan bilangan orang yang berikrar menderma organ kepada 5% daripada penduduk Malaysia.

Keselamatan

Mengenalpasti kawasan kadar jenayah yang tinggi dan mengubahnya ke kawasan "Safe PJ". Memastikan penyelengaraan MBPJ berjalan dengan lancar. Meningkatkan jumlah koordinasi dan akses yang luas dengan PDRM, RELA dan Rukun Tetangga.

Kemajuan Belia. 

Menggunakan inisiatif ICT semasa untuk meningkatkan penyertaan belia dan penglibatan dalam isu-isu masyarakat dan aktiviti-aktiviti di PJU. Menubuhkan Jawatankuasa Startegi Belia PJU untuk memberi pendapat mengenai isu-isu nasional yang melibatkan belia, isu-isu parlimen dan perbelanjaan bajet untuk PJU.

Hoong Ling mempunyai banyak harapan dan  keinginan untuk Making A Difference untuk masyarakat PJU. Beliau muda, bertenaga dan berinspirasi! 


Jom "Make A Difference" dengan memilih 

Calon P106 Hoong Ling!!!


Sunday 28 April 2013

Calon Belia P057 Tidak Gentar Dengan Pembangkang!

Mua'mar Ghadafi ketika ditemuramah mengatakan ini merupakan satu pengalaman baru bagi beliau. Ghadafi berkata pilihanraya ini telah mewujudkan peluang untuk berkenalan dengan seluruh warga Parit Buntar dengan lebih rapat. Walaupun beliau sudah menjadi ikon diantara para belia malah Ghadafi masih ingin berkenalan dengan kelompok masyrakat yang lain.







"Tak Kenal Maka Tak Cinta", tambahnya.




Pengalaman baru ini memberikan beliau merasai susasan kempen yang begitu hebat dan padat. Pengalaman ini mencabar dan sangat meyakinkan kata beliau. Beliau juga berkata walaupun ini kali pertama beliau bertanding, beliau tidak pernah gentar dengan lawannya.


Mua'mar menegaskan bahawa kita tidak perlu takut sebab rakyat dah mula menilai dengan diri mereka sendiri. Rakyat tidak boleh ditipu dan beliau yakin yang BN akan merampas kerusi Parit Buntar dari lawannya.



Ghadafi Mampu Mencungkil Bakat Belia!

Menurut calon P057 Ghadafi, Parit Buntar merupakan tempat yang mempunyai pelbagai sumber contohnya padi, ikan dan sebagainya. Beliau berkata sumber-sumber ini boleh digunakan untuk menjana pendapatan bagi pembangunan Parit Buntar.



Beliau juga mempunyai harapan bahawa Parit Buntar boleh dijadikan tempat pelancongan di Malaysia jika mempunyai kerajaan yang betul dan mempunyai kewibawaan untuk membangunkan sesuatu tempat dan Ghadafi yakin hanya kerajaan dalam pemerintahan Barisan Nasional sahaja yang mampu menjalankan transformasi sebegini.



Bila disentuh tentang belia, Ghadafi berkata beliau mampu mencungkil bakat belia-belia bukan sahaja di Parit Buntar malah semua belia yang mempunyai harapan untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan mereka.



Setiap orang mempunyai bakat dan kebolehan tersendiri dan jika kita dapat mengenalpastinya tentu belia-belia di Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa akan berjaya.






Kenali Calon P057 Mua'mar Ghadafi!

Mua'mar Ghadafi Jamal Bin Datuk Wira Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Ghadafi merupakan seorang calon yang sangat popular dan special bagi UMNO. Beliau merupakan calon yang paling muda dalam senarai calon UMNO, 34 tahun.




Beliau dilahirkan pada 04 November 1979 dan sudah pun mempunyai status berkahwin. Beliau berpendidikan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Putra Malaysia. Beliau telah bekerja sebagai Jurutera Tapak dari tahun 2003 - 2005 di sebuah syarikat pembinaan. Seterusnya beliau telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif di Caj Maju Sdn Bhd dari tahun 2006 hingga sekarang.




Beliau seorang yang giat dalam penglibatan NGO

  • Timbalan Presiden majlis Belia Malaysia
  • Presiden Gerakan 4B Malaysia
  • Pengerusi Belia 4B Malaysia
Ghadafi telah menyumbang kepada golongan belia dalam NGO dan kini beliau ingin memperluaskan sumbangannya dengan menjadi seorang pemimpin politik belia. Beliau boleh menjadi role model kepada belia - belia untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

Mua'mar Ghadafi juga seorang yang suka berinteraksi dengan semua. Dia akan melayan sesiapa sahaja tanpa perbezaan bangsa dan agama. 

Jika hendak berkomunikasi dengan beliau boleh lah kalian boleh lar 
Add beliau dalam Facebook: Mua'mar Ghadafi, Follow dalam Twitter @MuammarGhadafi, Instagram: Muammarghadafi. Anda juga boleh like page BN Parit Buntar.






Ghadafi harus diberi peluang! 
Belia harus diberi peluang!
Jom sama-sam kita sokong kejayaan belia!

Saturday 27 April 2013

Crew SGBANG Di Parit Buntar!

Setelah mengharungi perjalanan selama 5 jam. Crew SGBANG sudah pun sampai di Parit Buntar.


Parit Buntar bukan satu kawasan yang besar. Tempat agak sunyi. Walaubagaimanapun demam pilihanraya turut dialami di Parit Buntar. Tidak hairan bahawa gelombang biru BN telah pun menguasai kawasan ini.


Hero kita untuk 2 hari ini ialah Mu'ammar Ghaddafi, calon Parlimen Parit Buntar. Crew SGBANG akan update story tentang calon belia kita. Jadi tunggu update dengan sabar yer....




N13-Wan Salwati: Barisan Nasional Akan Menang Dengan Bergaya! #betternation

26/04/2013, 4.30pm

Calon BN N13 Wan Salwati menghadiri Taqarub (ceramah berkelompok) beliau di rumah rakyat. Destinasi pertama beliau adalah di Sikamat 2. Lebih kurang 20 orang telah berkumpul di rumah Kak Nora (tuan rumah). Ini bukan rumah pertama, malah Wan Salwati telah mengunjungi banyak lagi rumah sebelum ini untuk Taqarub. Beliau juga telah turun naik sebanyak 148 buah rumah untuk beramah mesra dengan pengundi tanpa mengira parti.

Yeahhh kami sokong Wan Salwati!!!!
Calon kita telah disambut dengan harapan inilah dia calon yang akan mengubah nasib rakyat sekitar Sikamat 2. Pak cik mak cik dan juga datuk nenek melayan calon kita bagaikan anak sendiri dengan penuh kasih sayang.

Mereka juga tidak lupa untuk menyediakan kuih-muih untuk minum petang. Setelah minum dan berborak Wan Salwati dijemput untuk sesi ceramahnya.

Menziarahi warga emas yang sakit di rumah rakyat

Walaupun ceramah beliau ringkas tapi kami percaya ia dapat memberi impak yang besar kepada rakyat sana. We call it "SHORT and SWEET" macam calon kita juga lar "Always Sweet".

Dalam ceramahnya, beliau telah mengingatkan rakyat supaya jangan terpedaya dengan kata- kata manis dan janji kosong anasir- anasir lain. Beliau juga telah memyatakan beliau yakin rakyat akan memberikan sokongan padu sekaligus memenagi kerusi untuk BN.




"BARISAN NASIONAL AKAN MENANG DENGAN BERGAYA"
-Wan Salwati, Calon N13 DUN SIKAMAT

N13: Wanita UMNO Ibu Puteri UMNO #betternation #GE13

"Wanita UMNO ibu kepada Puteri UMNO" 

Begitulah yang diungkapkan oleh Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil ketika beliau mengunjungi Bilik Gerakan Puteri UMNO di Taman Paroi Jaya petang tadi (26 April 2013).

Ketibaan Ketua Wanita UMNO Malaysia

Barisan Wanita Gagah Perkasa
Majilis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan bacaan Doa. Heroin majlis kita calon N13 juga tidak melepaskan peluang ini untuk mengucakan terima kasih kepada semua wanita yang menyokongnya.

"Saya bagi tabik kepada wanita kerana memberi sokongan penuh berkempen. Seawal pukul 8.00pagi mereka sudah berada di Bilik Gerakan"

Ucapan calon N13 Wan Salwati Hj Abdullah

Datuk Seri Sharizat pula menegaskan bahawa perjuangan parti bukan untuk individu tetapi untuk mempertahankan agama,bangsa dan negara. Beliau juga menyatakan sokongan penuhnya kepada semua calon-calon Puteri UMNO yang bertanding diseluruh Malaysia.

Ucapan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil

Turut hadir dalam majlis ini isteri kepada Menteri Besar N.Sembilan Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin. Majlis bersurai sekitar jam 4.00 petang.

 

Puteri-Puteri UMNO mesti sudah di charge bateri dengan full setelah mendengar ucapan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Dengan charge yang penuh, harap Puteri UMNO dapat membuktikan kehandalan mereka dengan merampas kerusi - kerusi Parlimen mahupun Adun dari tangan pembangkang.

Friday 26 April 2013

Calon BN Sikamat N13 Wan Salwati Seorang Blogger! #betternation #GE13

Puan Wan Salwati Hj Abdullah, itulah nama yang diberi. Seorang yang sangat peramah dan mesra bukan sahaja dengan rakyat malah dia sangat disegani oleh pengikut-pengikutnya sendiri. Kerjasama yang mereka berikan itu bukan semata - mata malah mereka betul - betul hendak meraih kemenangan Wan Salwati di N13 pada PRU13 nanti.

Beliau merupakan Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan. Kini beliau menjejak masuk ke dalam dunia politik dan diberi tanggungjawab yang lebih besar iaitu mentadbir sebuah kawasan. Ini merupakan satu cabaran beliau tetapi nampak gaya beliau dia boleh menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Apa yang telah menggagumkan Crew SGBANG, beliau juga merupakan seorang blogger. Wahhh Dahsyat! Beliau telah mula blognya dari 2008. Fuhhh lama tu. Nama blog beliau adalah Paradig Srikandi. Klik dan baca yer. Bagi pengetahuan kalian calon juga mempunyai akaun Twitter: @wan_salwati, jangan lupa follow dan dapatkan update terkini. Facebook page N13 Dun Sikamat BN Wan Salwati

Crew SGBANG telah mengikuti konvoi calon kita dari pukul 8.30 pagi sambil mengikuti program - program beliau. Kami dapati calon tak penat. tak lesu, dan tidak merunggut. Walaupun dah bertolak awal pagi beliau tetap senyum dan nampak segar. Inilah calon yang kita nakkan. Seorang yang sentiasa steady dan ready!

Beliau telah menghadiri program Pelancaran AkuJanji bersama Timbalan Perdana Menteri kita yang tamat pada pukul 1.30 pm dan diikuti dengan perjumpaan bersama Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil pada pukul 2.30pm. Selepas program ini, tanpa melengahkan masa calon bergerak ke rumah rakyat di Sikamat 2. Beliau berada disana lebih kurang 45minit dan bertolak pula ke rumah rakyat di Desa Kiara. Selesai dengan dua rumah ini, masa pun menunjukkan 7.30. Wan Salwati tak penat lagi, pukul 8.30pm beliau ke rumah rakyat di taman paroi jaya dan 9.30 di Sri Pulai. FUHHHHHH. Program akhir beliau adalah mesyuarat bersama Puteri Bahagian Seremban.

Sempat juga crew kami menemuramah Winnable candidate ini!


Wan Salwati Hj Abdullah calon N13 harus diberi sokongan penuh dan beliau WAJIB menang!!!



LIVE Dari N9: Majlis Pelancaran Aku Janji N9 Oleh TPM #betternation

Kampung Sendayan meraih kedatangan TPM YAB Dato Seri Utama Tan Sri Haji Muhyiddin dengan begitu meriah sekali. Fuhhhhyooooo lebih 2000 orang membanjiri Dewan Orang Ramai Felda Sendayan menunjukkan sokongan yang setia kepada Barisan Nasional. Rakyat tempatan telah pun datang ke dewan seawal pukul 8.30 pagi menunggu ketibaan TPM kita.

Ketibaan YAB TPM

Nyanyian Lagu Barisan Nasional

Barisan Pewira BN

Ucapan TPM diiringi MB N.Sembilan

Pelancaran Aku Janji N Sembilan
Kesetian Penyokong BN
Rakyat Sendayan telah menepati janji dengan menghadiri program pelancaran Aku Janji. Syabas diucapkan kepada mereka.

Turut hadir ke program ini Menteri Besar Negeri Sembilan dan semua calon-calon Barisan Nasional. Program ini dijangka tamat pada pukul 1.00 tengah hari.

Sendayan dipenuhi gelombang biru Barisan Nasional dengan lambaian bendera BN, nyanyian lagu Satu Malaysia asyik kedengaran. Positif positif positif status BN di Negeri Sembilan. Kalau tak ada sokong BN tak kan lar ramai ini...




Crew SGBANG reporting Live from Felda Sendayan, Negeri Sembilan.



Thursday 25 April 2013

FELDA Membuka Peluang Usahawan Generasi Muda!

Karnival Jom Ke Felda 2013 membawa masuk pihak - pihak korporat serta peniaga ynag diharapkan dapat memberi peluang kepda individu atau syarikat yang dimiliki oleh generasi muda Felda setempat sama ada untuk menjadi agen atau membuka outlet bagi memasarkan produk mereka sama ada dalam bentuk sistem Francais, Multi Level Marketing (MLM), Konvensioanl, Internet dan sebagainya.


Selain itu, KJKF 2013 inin juga diharapkan dapat mumbuka mata masyarakat seluruhnya bahawa tanah rancangan Felda juga merupakan salah satu segmen pasaran perniagaan ynag baik dengan kuasa beli sederhana yang perlu direbut oleh usahawan dan bakal usahawan terutamanya generasi baru Felda. Suasana KJKF juga diharap memnarik minat belia - belia Felda agar turut memilih bidang keusahawanan sebagai pilihan utama mereka.


Pelbagai program terdapat dalam KJKF. Program Keagamaan melaui Forum Perdana/ceramah Agama pada jumaat malam, Program Keluarga melalui Wayang Pacak dan pemeran jualan, Program kanak-kanak melalui pertandingan mewarna, Program Kebajikan memlai Titian Kasih yang membantu golongan memerlukan, Program Belia melalui konvoi bermotor Kelab Red Riders dan Autoshow, Program Keusahawanan, Program Hiburan melalui Konsert pada Sabtu & Ahad malam, Program Sukan Pertandingan Bola Sepak Kain Pelikat bersama Artis, Program Artis bertemu peminat, Program Gotong-Royong, Program beramah mesra bersama Ahli DUN atau Parlimen dan sebagainya.

Para Belia hanya perlu memyediakan diri dalam pelbagai bakat dan kebolehan dalam sektor keusahawanan dan perniagaan. Harap belia - belia Felda akan dapat merangluk segala peluanfg yang diwujudkan dalam KJKF 2013.

Pra Pelancaran Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013

Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia (PUGFM) telah menganjurkan sidang media pada 25 April 2013 di Pawagam P.Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).


Majlis ini turut dihadiri En Abdul Khalid Maulod, Pengarah Pemasaran dan Promosi FINAS dan juga crew media-media.

En Nor Hisham Bin Abdul Ghani, Presiden PUGFM telah merakamkan rubuan terima kasih kepada pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM), Felda secara keseluruhannya terutamanya kapada Datuk Haji Faizoull, Pengarah Besar Felda kerana memberi sokongan, dana dan kebenaran kepada pihak PUGFM mengadakan KJKF di semua wilayah Felda seluruh negara.


Beliau juga telah mengucapkan terima kasih kepada pihak FINAS selaku rakan kerjasama KJKF 2013 memberi kami menggunakan Pawagam P.Ramlee untuk majlis pra pelancaran ini. KJKF 2013 membawa sedikit kelainan dengan penglibatan FINAS iaitu kita akan mengadakan program Wayang Pacak, Bengkel Pembuatan Filem dan Apresiasi Filem.


PUGFM yang ditubuhkan pada 25 Mei 2006 di KL International Hotel dengan keahlian jawatankuasa penaja seramai 42 orang usahawan Felda kini telah mempunyai ahli seramai 15,683 orang. Objektif utama penubuhan aialah menyatukan dan meningkatkan taraf usahawan generasi Felda ke tahap yang dinamik dan global.

Bagi mencapai sasaran tersebut, PUGFM mencari ruang dan peluang yang boleh direbut oleh generasi Felda untuk meningkatkan dan mempelbagaikan perniagaan mereka. Salah satu cara yang difikirkan ialah mencipta peluang baru melalui KJKF yang diadakan di Wilayah Rancangan Felda di seluruh negara

KJKF 2013 dicadangkan akan berlangsung sebanyak 5 siri di kwasan Felda seperti berikut:

1. Felda Palong 6, Negeri Sembilan (30/08/2013-01/09/2013)
2. Felda Papan Timur, Kota Tinggi, Johor (27/09/2013-29/09/2013)
3. Gugusan Felda Besout 2, Trolak, Perak (25/10/2013-27/10/2013)
4. Gugusan Felda Bera (29/11/2013-01/12/2013)
5. Gugusan Felda Chini, Pahang (27/12/2013-29/12/2013)

Penyelaras yang dilantik bagi KJKF 2013 ialah Taqloq Sdn Bhd. KJKF diharapkan mampu memnjadi medium yang memberikan mementum positif dalam usaha anak-anak syarikat Felda dan usahawan-usahawan generasi Felda mempromosikan dan menjual produk keluaran mereka secara terus kepada penduduk di tanah-tanah rancangan Flda seluruh negara. KJKF juga boleh menjadi medium kepda pengurusan Felda memberi maklumat 100% tentang pelbagai dasar, produk dan skim yang ditawarkan Felda.


Pada akhir majlis PUGFM telah menandatangi MoU Kerjasama Antara Artis KJKF. Artis yang telah hadir ketika itu ialah MUSMAY.



PUGFM mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan ynag terlibat dalam menjayakan majlis pra pelancaran dan memohon maaf kepada semua pihak sekiranya terdapat kekruangan dalam KJKF.



Dahsyat Ucapan YM Wira Omardin Mauju Membuka Mata Kami!

Dahsyat..Dahsyat...Dahsyat...!

Ucapan Yang Mulia Tan Sri Datuk Omardin Mauju betul - betul membuka mata para pengunjung yang telah hadiri Himpunan Rakyat 1Malaysia di Kuala Selangor semalam.



Yang Mulia Tan Sri dengan telusnya mendedahkan siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya dan apakah motif - motif pihak pembangkang.

Crew SGBANG rasa video ini harus dikongsi kepada semua kerana mungkin ada dikalangan kita masih lagi menyembah Anwar Ibrahim dan kuncu -kuncunya. Kebenaran harus didedahkan demi kebaikan rakyat dan negara.



Tonton video ini dan menilai lah sendiri yang mana keruh dan yang mana yang jernih!






Powered by Blogger.