Wednesday 29 May 2013

Kerajaan Fasilitator Realisasikan Impian Belia – Najib


Kerajaan merupakan fasilitator untuk merealisasikan hasrat dan impian golongan belia menjadi realiti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata kerajaan, yang sentiasa menganggap golongan belia penting, melakukan pelbagai usaha untuk memperkasa golongan berkenaan, namun ia dilakukan bukan daripada pengarahan dari atas ke bawah, sebaliknya datang daripada golongan itu sendiri.
“Apa yang dihasratkan dan apa yang diminati golongan belia, kerajaan merupakan fasilitator untuk memungkinkan segala impian dan minat golongan belia menjadi kenyataan serta realiti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) di antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), 1Malaysia For Youth (iM4U) dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Selasa.
Hadir sama ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Pada majlis itu, Najib menyaksikan pemeteraian MoU di antara JLKN dan Kementerian Pertahanan dengan iM4U yang akan memperkenalkan program iM4U kepada pelatih dan bekas pelatih PLKN.
MoU itu ditandatangani Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah iM4U, Datuk Irmohizam Ibrahim.
Najib juga menyaksikan pemeteraian MoU di antara KBS dan iM4U dengan KBS menyerahkan Kompleks Rakan Muda Puchong kepada iM4U untuk ditransformasikan sebagai Pusat iM4U.
MoU ditandatangani Ketua Setiausaha KBS Datuk Mohid Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif iM4U Datuk Seri Farid Ridzuan. Ia diikuti penyerahan replika kunci Kompleks Rakan Muda Puchong kepada iM4U.
Najib berkata dengan termeterainya MoU Selasa, kira-kira 240,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) secara automatik akan menjadi anggota iM4U dalam masa tiga tahun.
Beliau berkata penyertaan golongan ini dapat memupuk semangat sukarelawan di kalangan generasi muda dan memudahkan agenda transformasi nasional diperjuangkan.
“Di samping itu, kita juga akan cuba menarik penyertaan alumni PLKN yang kita anggarkan kira-kira 730,000 bekas pelatih PLKN untuk memberi galakan dan kemudahan kepada program ini.
“Melalui perjanjian MoU ini, iM4U akan memberi sokongan kepada pelatih PLKN dengan memberi sumbangan RM2,500 kepada 81 kem latihan PLKN di seluruh negara,” katanya.
Najib berkata iM4U JLKN Outreach Program diwujudkan di setiap kem PLKN untuk menyelaras aktiviti sukarelawan yang dilaksanakan bersama iM4U dan JLKN.
Selain itu, beliau berkata Pusat iM4U akan diwujudkan untuk belia dan sukarelawan berkumpul, berkongsi pengalaman masing-masing dan melibatkan diri dalam kegiatan serta aktiviti yang diminati mereka.
“Hasrat ini hampir menjadi realiti apabila Kompleks Sukan Rakan Muda Puchong di bawah Kementerian Belia dan Sukan ditransformasikan menjadi Pusat iM4U,” katanya sambil menambah kerja pengubahsuaiannya akan dijalankan oleh sukarelawan yang terlibat dalam iM4U.
Najib berkata kepakaran pelajar universiti akan digunakan untuk menyumbang terhadap reka bentuk dan pembinaan semula pusat berkenaan.
“Pusat ini adalah untuk orang muda, bukan sahaja dari segi penggunaannya tetapi dari segala aspek, kita akan jadikan pusat ini milik sebati orang muda tanah air.
“Saya percaya melalui program iM4U yang diwujudkan di universiti dan pusat outreach, kita dapat menarik minat pelbagai belia dan sukarelawan dalam bidang seperti muzik, sukan, teater, kelas agama, pusat internet, bazar hari minggu dan studio foto. Ia satu program yang dapat menyentuh perasaan golongan muda di tanah air,” katanya.
BERNAMA
Monday 27 May 2013

Wan Salwati Back In Action!

Tu dia Pn Wan Salwati yang ceria seperti biasa dan tak main energetic lagi di Festival Belia Putrajaya 2013. 


Beliau calon N13 Sikamat pada PRU13 yang lalu. Nasib malang dan hasutan pihak pembangkang telah memberi kekalahan yang kecil pada beliau.

"So what saya kalah, saya tetap akan berkhidmat untuk rakyat di Sikamat" itu yang dikatanya.


Wan Salwati yang sekarang merupakan Exco Puteri UMNO Malaysia dan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan sudah pun mula khidmatnya di Sikamat dan juga sedang merancang pelbagai program khas untuk belia.


Crew SGBANG mengucapkan selamat berjaya kepada Puan Wan Salwati!
Sunday 26 May 2013

Belia Sentiasa Love PM! #FBP13

Kedatangan PM kita Datuk Seri Najib Razak membawa kemeriahan Festival Belia Putrajaya pada tahap kemuncak! 
 

Lebih 60 ribu orang telah membanjiri Dataran Putrajaya. 

FUHHHHHH DAHSYAT DAHSYAT!!!!



Hadir sama ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan.



Barisan Nasional (BN) tidak pernah mencuri kemenangan daripada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.



Perdana Menteri berkata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti termaktub dalam perlembagaan negara dan BN memenangi pilihan raya berdasarkan kelebihan jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan bukan berdasarkan undi popular seperti sistem presiden yang diamalkan di Amerika Syarikat.





"Dakwaan kita mencuri kemenangan parti pembangkang adalah satu kepalsuan sebab kita tidak melakukan penipuan dalam PRU13.



"Tunjukkan kepada saya di mana mat Bangla yang menjadi pengundi? Mereka (pembangkang) mendakwa 40,000 mat Bangla turun lapangan terbang, tunjukkan lapangan terbang mana? Jangan heret orang kerana rupa gelap sikit itu mat Bangla," katanya pada majlis pelancaran Festival Belia 2013 di sini hari Sabtu.



Najib berkata keluhuran dan ketinggian perlembagaan adalah tiang seri negara namun begitu rakyat mempunyai ruang untuk menyuarakan pendapat masing-masing selaras dengan amalan demokrasi berparlimen.




"Apa sahaja yang kita nak suarakan mesti berpaksikan kepada perlembagaan dan tidak boleh pilih di tepi jalan dengan mendesak dan membuat huru-hara sehingga menimbulkan keadaan tidak tenteram yang tidak selaras dengan perlembagaan.



Beliau berkata keutamaan dalam membina sebuah negara dan masa depan mesti berdasarkan kepada akal fikiran, yakni memilih yang kebenaran atas kepalsuan serta memilih hak daripada batil.



"Kalau ini dapat disemai, kalau ini dapat dipupuk di kalangan belia, Insya-Allah masa depan kita, masa depan belia dan negara yang tercinta akan terus bersinar dengan harapan untuk masa depan kita," katanya.





Najib juga memberi jaminan kerajaan mampu melakukan segala perubahan bukan sahaja untuk golongan belia bahkan masa depan negara.



"Percayalah kalau nakkan perubahan kepada negara kita tidak semestinya terlibat dalam himpunan jalanan atau pun meruntuhkan apa yang ada hari ini.



"Yang penting kita mesti faham apa kehendak belia dan suara belia itu dan kita menyediakan kaedah pentadbiran negara yang sesuai kepada golongan belia," katanya.




Perasmian Youth Tourism 2013!

Gandingan yang MANTAP!!

Kementerian Belia dan Sukan akan berganding bahu bersama Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan akan menjalankan pelbagai program khas untuk para belia.
 
Persembahan Tradisional

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Dato Seri Mohammad Nazri Abdul Aziz telah merasmikan program ini di Festival Belia Putrajaya 2013 bersama YB Khairy Jamalludin.

Ucapan YAB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

Perasmian Karnival


Program belia merangkumi percutian, lawatan, infrastruktur dan juga kerjaya. YAB Menteri juga berkata kementerian sedang merancang 3P iaitu Program Pelancongan Pelajar. 

Apa yang pasti, semua belia akan terima manfaat dalam pelbagai program yang dirancang oleh kedua-dua kementerian ini.

Setelah tamat perasmian kedua - dua menteri telah melawat semua booth yang telah disediakan oleh di Karnival Pelancongan Belia. Mereka telah menerima sijil penghargaan dari YAB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Upacara Memotong Ribon

Nyanyian Lagu 1Malaysia dan laungan 1Malaysia telah memeriahkan lagi suasana.


Youth Power "INI NAAM"

Wahhh Belia India pun turut serta Festival Belia Putrajaya. Mereka tidak melepaskan peluang ini untuk menyerta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh "INI NAAM YOUTH POWER" yang bermaksud Kuasa Belia Selepas Ini! 


Antara aktiviti yang dianjurkan, Pertandingan Menyanyi telah mendapat sambutan hebat!
Apa yang mengagumkan, first ingat pertandingan menyanyi lagu tamil untuk belia India, tapi belia dari bangsa lain pun telah menyertai pertandingan tersebut...


RESPECTLAH!

Betul betul menunjukkan konsep 1Malaysia...Ini lar kita hendakkan...sama-sama kita Enjoy lah!

Pertandingan bermula lebih kurang pukul 11 pagi dan telah melalui 3 pusingan...Seramai 20 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut dan tamat tepat pada pukul 10. 


Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Saravanan telah hadir sebagai tetamu khas untuk program ini.


Crew SGBANG mengucapkan Tahniah kepada perserta yang berjaya...!!

Esok jangan lupa singgah ke Booth INI NAAM untuk menyaksikan pertandingan tarian!!!



Friday 24 May 2013

Belia Bertanggungjawab Merpertahankan Permainan Tradisoinal!

Dari pukul 10.30 Crew SGBANG mula melawat satu demi satu gerai di FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013. Pelbagai acara dan infomasi yang dapat diperoleh. IT, Kereta, Motor, Kerjaya, Pakej Cuti - citi, melukis, mewarna dan sebagainya.

Tiba-tiba kami tertarik dengan satu gerai yang aktivitinya nampak menarik. JOM MASUK!

Permainan Tradisional!!!!!


Kami langsung tidak terfikir tentang ini, maklum lah kitakan belia moden. Tapi tanggapan kami salah. Tak semestinya kalau belia moden tak perlu tahu tentang permainan tradisional.

Itu merupakan tanggungjawab kita untuk mempertahankan permainan tradisional daripada terpupus. 

Berapa ramai yang pandai main permainan tradisional kita macam congkak, batu seremban, dam, gasing dan lain-lain? 

Mulai hari ini kati belia harus bernekad untuk mempelajari permainan tradisional dan akan diturunkan secara turun - temurun.


Terima Kasih kepada FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 kerana memberi peluang kepada para belia untuk sedar akan tradisi kami!


Monday 20 May 2013

Mari Mari Ikut Kami!!! Festival Belia Putrajaya 2013!


Festival Belia Putrajaya 2013 yang dijenamakan semula daripada Himpunan Jutaan Belia bakal berlangsung selama empat hari tiga malam bermula dari 23 hingga 26 Mei tahun depan.

Festival yang akan diisi dengan 30 segmen dan 500 acara itu memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan. 
 
Lokasi kesemua acara ini akan diadakan di sepanjang lima kilometer di Persiaran Perdana dari Presint 6, 18, dan 20.

Festival ini bertujuan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk berekspresi dan menguji kebolehan diri bersaing di pentas yang terbuka serta mencabar

Festival Belia Putrajaya 2013 menonjolkan sekurang-kurangnya empat acara yang akan mencapai tahap ikonik. Antaranya ialah pelancaran festival oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Mei pada pukul 5 petang, Perarakan Mega Belia, acara-acara antarabangsa (melibatkan ASEAN+3), dan Feista Muzik Dunia

JOM RAMAI RAMAI KE FESTIVAL PUTRAJAYA 2013!!!!!