Sunday, 26 May 2013
Belia Sentiasa Love PM! #FBP13
Kedatangan PM kita Datuk Seri Najib Razak membawa kemeriahan Festival Belia Putrajaya pada tahap kemuncak!
Lebih 60 ribu orang telah membanjiri Dataran Putrajaya.
FUHHHHHH DAHSYAT DAHSYAT!!!!
Hadir
sama ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Belia dan
Sukan Khairy Jamaluddin, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan.
Barisan
Nasional (BN) tidak pernah mencuri kemenangan daripada pembangkang dalam
Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana
Menteri berkata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti
termaktub dalam perlembagaan negara dan BN memenangi pilihan raya berdasarkan
kelebihan jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan bukan berdasarkan undi
popular seperti sistem presiden yang diamalkan di Amerika Syarikat.
"Dakwaan
kita mencuri kemenangan parti pembangkang adalah satu kepalsuan sebab kita
tidak melakukan penipuan dalam PRU13.
"Tunjukkan
kepada saya di mana mat Bangla yang menjadi pengundi? Mereka (pembangkang)
mendakwa 40,000 mat Bangla turun lapangan terbang, tunjukkan lapangan terbang
mana? Jangan heret orang kerana rupa gelap sikit itu mat Bangla," katanya
pada majlis pelancaran Festival Belia 2013 di sini hari Sabtu.
Najib
berkata keluhuran dan ketinggian perlembagaan adalah tiang seri negara namun
begitu rakyat mempunyai ruang untuk menyuarakan pendapat masing-masing selaras
dengan amalan demokrasi berparlimen.
"Apa
sahaja yang kita nak suarakan mesti berpaksikan kepada perlembagaan dan tidak boleh
pilih di tepi jalan dengan mendesak dan membuat huru-hara sehingga menimbulkan
keadaan tidak tenteram yang tidak selaras dengan perlembagaan.
Beliau
berkata keutamaan dalam membina sebuah negara dan masa depan mesti berdasarkan
kepada akal fikiran, yakni memilih yang kebenaran atas kepalsuan serta memilih
hak daripada batil.
"Kalau
ini dapat disemai, kalau ini dapat dipupuk di kalangan belia, Insya-Allah masa
depan kita, masa depan belia dan negara yang tercinta akan terus bersinar
dengan harapan untuk masa depan kita," katanya.
Najib
juga memberi jaminan kerajaan mampu melakukan segala perubahan bukan sahaja
untuk golongan belia bahkan masa depan negara.
"Percayalah
kalau nakkan perubahan kepada negara kita tidak semestinya terlibat dalam
himpunan jalanan atau pun meruntuhkan apa yang ada hari ini.
"Yang
penting kita mesti faham apa kehendak belia dan suara belia itu dan kita
menyediakan kaedah pentadbiran negara yang sesuai kepada golongan belia,"
katanya.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Tentang S-G Bang!!
Pautan Portal Blog
-
-
-
-
-
[LIVE] Keputusan #PRU1311 years ago
-
Entri SG - Bang!!!
-
▼
2013
(54)
-
▼
May
(19)
- Kerajaan Fasilitator Realisasikan Impian Belia – N...
- Galeri KJ (part 1)
- Wan Salwati Back In Action!
- Belia Sentiasa Love PM! #FBP13
- #FestivalBeliaPutrajaya: Perasmian KJ di Pavillion...
- Perasmian Youth Tourism 2013!
- HERO KBS TURUN PADANG!
- Youth Power "INI NAAM"
- Belia Bertanggungjawab Merpertahankan Permainan Tr...
- LIVE Dari Festival Belia Putrajaya! ATM Pun Turun!!!
- Mari Mari Ikut Kami!!! Festival Belia Putrajaya 2013!
- GALERI GELOMBANG BIRU! #betternation
- Hidup BN! Gelombang BIRU!
- Kami Tak Sabar Khaled Nordin Jadi MB!
- Keyakinan Rakyat Terhadap BN Dun Permas Terserlah!
- Sensasi Live! Crew SGBANG di Tempat Tragedi Sikamat!
- Soal Jawab Bersama Dato Irmohizam!
- N13: Wan Salwati "Jawatan bukan Untuk Menbanggakan...
- Fuhh Video Wan Salwati, Hebat Sungguh!
-
▼
May
(19)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment