Wednesday 1 May 2013

N13: Wan Salwati "Jawatan bukan Untuk Menbanggakan Malah Untuk Berkhidmat"

30 April 2013, Dun Sikamat telah menganjurkan program Pemimpin Bersama Rakyat Bersama Menteri Besar. Satu program yang sangat meriah dan lebih kurang 400 orang telah menghadiri program ini dan telah menunjukkan semangat penuh kepada Barisan Nasional. 

Program ini adalah untik memperkenalkan calon Parlimen Seremban dan Dun Sikamat. Kedua - dua calon tidak melepaskan peluang untuk bersama rakyat dan memperkenalkan diri. 

Calon N13, Wan Salwati telah sampai ke program tepat pada masa walaupun beliau sebelum itu berada di Markas tentera mengendalika undi pos. Ucapan beliau juga sempat dirakam oleh krew SGBANG!

 
Rakyat Sikamat sudah sedar dan tidak boleh diperbodohkan lagi oleh pihak pembangkang. Walaupun pembangkang yang memegang Sikamat tetapi pembangunan tetap dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.


Beliau juga telah memperkenalkan suami beliau dikhalayak ramai kerana pihak pembangkang telah melemparkan fitnah janda beranak lima. 

Ini lar perangai pembangkang yang langsung tidak boleh diubah. Rakyat Sikamat bijak. Mereka tidak akan terpengaruh dengan fitnah-fitnah palsu pihak pembangkang ini.


Kita sama-sama memnyokong kemenangan Wan Salwati N13..Insya-Allah kemenangan beliau dapat membawa perubahan yang penduduk Sikamat inginkan selama ini yang pihak pembangkang tidak melaksanakan.

Kami Sokong 1Malaysia

0 comments: