Monday 20 May 2013

Mari Mari Ikut Kami!!! Festival Belia Putrajaya 2013!


Festival Belia Putrajaya 2013 yang dijenamakan semula daripada Himpunan Jutaan Belia bakal berlangsung selama empat hari tiga malam bermula dari 23 hingga 26 Mei tahun depan.

Festival yang akan diisi dengan 30 segmen dan 500 acara itu memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan. 
 
Lokasi kesemua acara ini akan diadakan di sepanjang lima kilometer di Persiaran Perdana dari Presint 6, 18, dan 20.

Festival ini bertujuan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk berekspresi dan menguji kebolehan diri bersaing di pentas yang terbuka serta mencabar

Festival Belia Putrajaya 2013 menonjolkan sekurang-kurangnya empat acara yang akan mencapai tahap ikonik. Antaranya ialah pelancaran festival oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Mei pada pukul 5 petang, Perarakan Mega Belia, acara-acara antarabangsa (melibatkan ASEAN+3), dan Feista Muzik Dunia

JOM RAMAI RAMAI KE FESTIVAL PUTRAJAYA 2013!!!!!

0 comments: