Saturday, 4 May 2013

Keyakinan Rakyat Terhadap BN Dun Permas Terserlah!

SGBANG juga tidak melepaskan peluang singgah di DUN Permas, Johor dalam Jalajah 1Malaysia kami. Satu DUN yang sangat panas kerana calonnya. 


Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Penagajian Tinggi dan kini beliau mungkin akan memegang jawatan Menteri Besar Johor. 
SGBANG telah menemuramah beliau di satu Majlis Persatuan TiongHwa di Taman Masai Utama semalam.


Beliau berkata rakyat berfikiran rasional dan bersikap positif. Hubungan rakyat dengan Barisan Nasional bukan baru malah sudah lama terjalin. Tiada sebab rakyat akan meninggalkan Barisan Nasional seperti mana Barisan tidak pernah meninggalkan mereka. 

Datuk Seri Khaled Nordin adalah seorang yang sangat peramah. Boleh dikatakan masyarakat Cina memberi sokongan penuh kepada Khaled Nordin.

 

0 comments: