Friday 26 April 2013

Calon BN Sikamat N13 Wan Salwati Seorang Blogger! #betternation #GE13

Puan Wan Salwati Hj Abdullah, itulah nama yang diberi. Seorang yang sangat peramah dan mesra bukan sahaja dengan rakyat malah dia sangat disegani oleh pengikut-pengikutnya sendiri. Kerjasama yang mereka berikan itu bukan semata - mata malah mereka betul - betul hendak meraih kemenangan Wan Salwati di N13 pada PRU13 nanti.

Beliau merupakan Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan. Kini beliau menjejak masuk ke dalam dunia politik dan diberi tanggungjawab yang lebih besar iaitu mentadbir sebuah kawasan. Ini merupakan satu cabaran beliau tetapi nampak gaya beliau dia boleh menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Apa yang telah menggagumkan Crew SGBANG, beliau juga merupakan seorang blogger. Wahhh Dahsyat! Beliau telah mula blognya dari 2008. Fuhhh lama tu. Nama blog beliau adalah Paradig Srikandi. Klik dan baca yer. Bagi pengetahuan kalian calon juga mempunyai akaun Twitter: @wan_salwati, jangan lupa follow dan dapatkan update terkini. Facebook page N13 Dun Sikamat BN Wan Salwati

Crew SGBANG telah mengikuti konvoi calon kita dari pukul 8.30 pagi sambil mengikuti program - program beliau. Kami dapati calon tak penat. tak lesu, dan tidak merunggut. Walaupun dah bertolak awal pagi beliau tetap senyum dan nampak segar. Inilah calon yang kita nakkan. Seorang yang sentiasa steady dan ready!

Beliau telah menghadiri program Pelancaran AkuJanji bersama Timbalan Perdana Menteri kita yang tamat pada pukul 1.30 pm dan diikuti dengan perjumpaan bersama Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil pada pukul 2.30pm. Selepas program ini, tanpa melengahkan masa calon bergerak ke rumah rakyat di Sikamat 2. Beliau berada disana lebih kurang 45minit dan bertolak pula ke rumah rakyat di Desa Kiara. Selesai dengan dua rumah ini, masa pun menunjukkan 7.30. Wan Salwati tak penat lagi, pukul 8.30pm beliau ke rumah rakyat di taman paroi jaya dan 9.30 di Sri Pulai. FUHHHHHH. Program akhir beliau adalah mesyuarat bersama Puteri Bahagian Seremban.

Sempat juga crew kami menemuramah Winnable candidate ini!


Wan Salwati Hj Abdullah calon N13 harus diberi sokongan penuh dan beliau WAJIB menang!!!



0 comments:

Powered by Blogger.