Thursday 25 April 2013

Dato Irmohizam Dikalung Kalungan Pendekar!

Malam ini 24 April 2013 merupakan satu tarikh yang bersejarah bagi calon Perlimen P096 Dato Irmohizam Ibrahim kerana telah dikalungkan kalungan Pendekar oleh Yang Mulia Tan Sri Datuk Wira Omardin Mauju dalam Himpunan Rakyat 1Malaysia.


Beliau juga telah mengambil kesempatan untuk memberikan ucapannya yang mampu menukar gelombang sekitarnya kepada gelombang biru iaitu Barisan Nasional.

"Mari lah kita bersatu padu, marilah kita menguatkan fikrah kita, marilah sama-sama kita menyatu padukan hati kita."

"Harapan seluruh warga Kuala Selangor ingin melihat agar pada 5 haribulan 5 nanti, bumi Kuala Selangor, Parlimen dan ketiga - tiga DUN dimenangi Barisan Nasional."


Calon Parlimen itu juga telah berikrar agar pasukan transformasi BN dibawa keseluruh Kuala Selangor bermula malam ini. Beliau menyahut akan mewujudkan gelombang biru dan boleh dilakukan bersama-sama.


0 comments:

Powered by Blogger.