Monday 29 April 2013

P106: YB Hoong Ling (Young & Beautiful) ! #Betternation

Ketika Crew SGBANG turun pondok gerakan Hoong Ling, pelik juga kami tengok ada yang pegang kad board yang tertulis I'm MAD. 

I'm MAD?????

Apa kena dengan mereka ini?? Sehingga kita diberitahu MAD maksudnya: 

I'm Making A Difference!
I'm MAD!!!
Hoong Ling berkata beliau mampu membawa perubahan kepada masyarakat dan kawasan PJU dengan menggunakan Formula 3+1. Calon kita adalah seorang yang sangat mementingkan kesihatan dan keselamatan dan juga kemajuan belia. 

"AKUJANJI" Hoong Ling
Kesihatan

Beliau akan menganjurkan 50 pemeriksaan kesihatan setiap tahun dan juga mengusahakan untuk memperbaiki pemeriksaan kesihatan mobil di PJU. Mewujudkan rawatan acupuncture setiap minggu untuk masyrakat yang mempunyai pendapatan sederhana. Melatih sekurang-kurangnya 500 pelatih untuk menjga kebajikan orang cacat dan orang tua. Meningkatkan bilangan orang yang berikrar menderma organ kepada 5% daripada penduduk Malaysia.

Keselamatan

Mengenalpasti kawasan kadar jenayah yang tinggi dan mengubahnya ke kawasan "Safe PJ". Memastikan penyelengaraan MBPJ berjalan dengan lancar. Meningkatkan jumlah koordinasi dan akses yang luas dengan PDRM, RELA dan Rukun Tetangga.

Kemajuan Belia. 

Menggunakan inisiatif ICT semasa untuk meningkatkan penyertaan belia dan penglibatan dalam isu-isu masyarakat dan aktiviti-aktiviti di PJU. Menubuhkan Jawatankuasa Startegi Belia PJU untuk memberi pendapat mengenai isu-isu nasional yang melibatkan belia, isu-isu parlimen dan perbelanjaan bajet untuk PJU.

Hoong Ling mempunyai banyak harapan dan  keinginan untuk Making A Difference untuk masyarakat PJU. Beliau muda, bertenaga dan berinspirasi! 


Jom "Make A Difference" dengan memilih 

Calon P106 Hoong Ling!!!


0 comments:

Powered by Blogger.