Monday 22 April 2013

Lawatan Dato’ Sri Najib Ke 6 PDM Sekitar Pekan Disambut Meriah

Lawatan Dato’ Sri Najib Razak ke 6 buah Pusat Daerah Mengundi (PDM) sekitar Pekan,Pahang semalam disambut meriah oleh pengundi di sana dan berjalan dengan lancar. Antara kawasan yang dilawat oleh Dato' Sri Najib adalah di PDM Kelat Rendang, PDM Shahbandar, PDM Tanah Putih, PDM Lamir, PDM Gudang Rasau dan PDM Seri Mahkota.



Beliau memulakan lawatannya tepat jam 8.30 malam di PDM Kelat Rendang untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tamat  pada jam 11 malam di PDM Seri Mahkota. Sambutan pengundi-pengundi di Pekan menunjukkan petanda baik bagi kemenangan calon Barisan Nasional pada PRU13 kali ini.


Dato’ Sri Najib sempat beramah mesra dengan pengundi-pengundi di PDM Tanah Putih



Dalam lawatan tersebut, beliau turut memberitahu analisa pilihan raya sebelum ini menunjukkan Pekan muncul sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang menang dengan majoriti terbanyak.
Katanya, keadaan itu boleh berulang untuk mengecapi sekali lagi kemenangan yang besar sekiranya kekuatan jentera BN dalam menjalankan kerja Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti kukuh dan berjalan lancar. Beliau juga menyemak data dan analisis PRU lepas serta menyiasat kekuatan jentera di PDM yang dilawatinya. Beliau juga turut bertanya berkaitan bacaan sikap pengundi di setiap DUN. Segala persiapan untuk menggerakkan jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya telah pun dipersiapkan oleh setiap bilik gerakan.




Calon Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya (N21), Datuk Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali bersama Dato’ Sri Najib Razak


 Walaupun pada siang harinya beliau menghadiri pelbagai program di Pekan, namun beliau tetap nampak bersemangat untuk melakukan pemantauan di setiap Pusat Daerah Mengundi sekitar Pekan bagi memastikan segala persiapan bagi pilihan raya berjalan lancar. Setelah tamat lawatan beliau ke PDM terakhir iaitu di PDM Seri Mahkota beliau terus pulang ke Putrajaya untuk menghadiri program yang akan diadakan di sana pada hari ini.

0 comments:

Powered by Blogger.