Sunday 28 April 2013

Ghadafi Mampu Mencungkil Bakat Belia!

Menurut calon P057 Ghadafi, Parit Buntar merupakan tempat yang mempunyai pelbagai sumber contohnya padi, ikan dan sebagainya. Beliau berkata sumber-sumber ini boleh digunakan untuk menjana pendapatan bagi pembangunan Parit Buntar.



Beliau juga mempunyai harapan bahawa Parit Buntar boleh dijadikan tempat pelancongan di Malaysia jika mempunyai kerajaan yang betul dan mempunyai kewibawaan untuk membangunkan sesuatu tempat dan Ghadafi yakin hanya kerajaan dalam pemerintahan Barisan Nasional sahaja yang mampu menjalankan transformasi sebegini.



Bila disentuh tentang belia, Ghadafi berkata beliau mampu mencungkil bakat belia-belia bukan sahaja di Parit Buntar malah semua belia yang mempunyai harapan untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan mereka.



Setiap orang mempunyai bakat dan kebolehan tersendiri dan jika kita dapat mengenalpastinya tentu belia-belia di Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa akan berjaya.






0 comments:

Powered by Blogger.