Thursday 25 April 2013

Pra Pelancaran Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013

Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia (PUGFM) telah menganjurkan sidang media pada 25 April 2013 di Pawagam P.Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).


Majlis ini turut dihadiri En Abdul Khalid Maulod, Pengarah Pemasaran dan Promosi FINAS dan juga crew media-media.

En Nor Hisham Bin Abdul Ghani, Presiden PUGFM telah merakamkan rubuan terima kasih kepada pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM), Felda secara keseluruhannya terutamanya kapada Datuk Haji Faizoull, Pengarah Besar Felda kerana memberi sokongan, dana dan kebenaran kepada pihak PUGFM mengadakan KJKF di semua wilayah Felda seluruh negara.


Beliau juga telah mengucapkan terima kasih kepada pihak FINAS selaku rakan kerjasama KJKF 2013 memberi kami menggunakan Pawagam P.Ramlee untuk majlis pra pelancaran ini. KJKF 2013 membawa sedikit kelainan dengan penglibatan FINAS iaitu kita akan mengadakan program Wayang Pacak, Bengkel Pembuatan Filem dan Apresiasi Filem.


PUGFM yang ditubuhkan pada 25 Mei 2006 di KL International Hotel dengan keahlian jawatankuasa penaja seramai 42 orang usahawan Felda kini telah mempunyai ahli seramai 15,683 orang. Objektif utama penubuhan aialah menyatukan dan meningkatkan taraf usahawan generasi Felda ke tahap yang dinamik dan global.

Bagi mencapai sasaran tersebut, PUGFM mencari ruang dan peluang yang boleh direbut oleh generasi Felda untuk meningkatkan dan mempelbagaikan perniagaan mereka. Salah satu cara yang difikirkan ialah mencipta peluang baru melalui KJKF yang diadakan di Wilayah Rancangan Felda di seluruh negara

KJKF 2013 dicadangkan akan berlangsung sebanyak 5 siri di kwasan Felda seperti berikut:

1. Felda Palong 6, Negeri Sembilan (30/08/2013-01/09/2013)
2. Felda Papan Timur, Kota Tinggi, Johor (27/09/2013-29/09/2013)
3. Gugusan Felda Besout 2, Trolak, Perak (25/10/2013-27/10/2013)
4. Gugusan Felda Bera (29/11/2013-01/12/2013)
5. Gugusan Felda Chini, Pahang (27/12/2013-29/12/2013)

Penyelaras yang dilantik bagi KJKF 2013 ialah Taqloq Sdn Bhd. KJKF diharapkan mampu memnjadi medium yang memberikan mementum positif dalam usaha anak-anak syarikat Felda dan usahawan-usahawan generasi Felda mempromosikan dan menjual produk keluaran mereka secara terus kepada penduduk di tanah-tanah rancangan Flda seluruh negara. KJKF juga boleh menjadi medium kepda pengurusan Felda memberi maklumat 100% tentang pelbagai dasar, produk dan skim yang ditawarkan Felda.


Pada akhir majlis PUGFM telah menandatangi MoU Kerjasama Antara Artis KJKF. Artis yang telah hadir ketika itu ialah MUSMAY.



PUGFM mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan ynag terlibat dalam menjayakan majlis pra pelancaran dan memohon maaf kepada semua pihak sekiranya terdapat kekruangan dalam KJKF.



0 comments:

Powered by Blogger.