Saturday 27 April 2013

N13: Wanita UMNO Ibu Puteri UMNO #betternation #GE13

"Wanita UMNO ibu kepada Puteri UMNO" 

Begitulah yang diungkapkan oleh Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil ketika beliau mengunjungi Bilik Gerakan Puteri UMNO di Taman Paroi Jaya petang tadi (26 April 2013).

Ketibaan Ketua Wanita UMNO Malaysia

Barisan Wanita Gagah Perkasa
Majilis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan bacaan Doa. Heroin majlis kita calon N13 juga tidak melepaskan peluang ini untuk mengucakan terima kasih kepada semua wanita yang menyokongnya.

"Saya bagi tabik kepada wanita kerana memberi sokongan penuh berkempen. Seawal pukul 8.00pagi mereka sudah berada di Bilik Gerakan"

Ucapan calon N13 Wan Salwati Hj Abdullah

Datuk Seri Sharizat pula menegaskan bahawa perjuangan parti bukan untuk individu tetapi untuk mempertahankan agama,bangsa dan negara. Beliau juga menyatakan sokongan penuhnya kepada semua calon-calon Puteri UMNO yang bertanding diseluruh Malaysia.

Ucapan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil

Turut hadir dalam majlis ini isteri kepada Menteri Besar N.Sembilan Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin. Majlis bersurai sekitar jam 4.00 petang.

 

Puteri-Puteri UMNO mesti sudah di charge bateri dengan full setelah mendengar ucapan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Dengan charge yang penuh, harap Puteri UMNO dapat membuktikan kehandalan mereka dengan merampas kerusi - kerusi Parlimen mahupun Adun dari tangan pembangkang.

0 comments:

Powered by Blogger.