Thursday, 25 April 2013

FELDA Membuka Peluang Usahawan Generasi Muda!

Karnival Jom Ke Felda 2013 membawa masuk pihak - pihak korporat serta peniaga ynag diharapkan dapat memberi peluang kepda individu atau syarikat yang dimiliki oleh generasi muda Felda setempat sama ada untuk menjadi agen atau membuka outlet bagi memasarkan produk mereka sama ada dalam bentuk sistem Francais, Multi Level Marketing (MLM), Konvensioanl, Internet dan sebagainya.


Selain itu, KJKF 2013 inin juga diharapkan dapat mumbuka mata masyarakat seluruhnya bahawa tanah rancangan Felda juga merupakan salah satu segmen pasaran perniagaan ynag baik dengan kuasa beli sederhana yang perlu direbut oleh usahawan dan bakal usahawan terutamanya generasi baru Felda. Suasana KJKF juga diharap memnarik minat belia - belia Felda agar turut memilih bidang keusahawanan sebagai pilihan utama mereka.


Pelbagai program terdapat dalam KJKF. Program Keagamaan melaui Forum Perdana/ceramah Agama pada jumaat malam, Program Keluarga melalui Wayang Pacak dan pemeran jualan, Program kanak-kanak melalui pertandingan mewarna, Program Kebajikan memlai Titian Kasih yang membantu golongan memerlukan, Program Belia melalui konvoi bermotor Kelab Red Riders dan Autoshow, Program Keusahawanan, Program Hiburan melalui Konsert pada Sabtu & Ahad malam, Program Sukan Pertandingan Bola Sepak Kain Pelikat bersama Artis, Program Artis bertemu peminat, Program Gotong-Royong, Program beramah mesra bersama Ahli DUN atau Parlimen dan sebagainya.

Para Belia hanya perlu memyediakan diri dalam pelbagai bakat dan kebolehan dalam sektor keusahawanan dan perniagaan. Harap belia - belia Felda akan dapat merangluk segala peluanfg yang diwujudkan dalam KJKF 2013.

0 comments:

Powered by Blogger.